Meskipun keadaan ketika ini semakin pulih kesan daripada pandemik COVID-19, namun Malaysia mendepani cabaran prospek ekonomi global yang bakal mengalami kemelesetan, kata Pensyarah Kanan Fakulti Pengurusan Perniagaan Universiti Teknologi MARA (UiTM), Datin Dr Zahariah Sahudin.<br /><br />Wakil Astro AWANI Terengganu, Nur Fazlizai Ali turut bawakan perkembangan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) di negeri itu, manakala Wakil Astro AWANI Sarawak, Nuzuluddin Abdul Razak bawakan perkembangan dari Bumi Kenyalang.
